RAHSIA KULIT CANTIK


Benar kerosakan kulit pada masa silam adakalanya kekal sehingga bertahun lamanya, dan kesan dari kerosakan tersebut mengakibatkan punca penuaan kulit, kami mencungkil rahsia dua selebriti popular, Sazzy Falak & Wan Nur Sharmila tentang pengalaman mereka menggunakan Mary Kay!



Fokus yang dibawa di dalam rangkaian baharu ini bukanlah hanya mahu melawan proses penuaan sahaja, tetapi dengan penggunaan yang konsisten ia dapat menghindar kulit anda dari dibelengu  masalah kekusaman, hilang keanjalan mahupun pudar serinya. TimeWise Repair Volu-Firm dari Mary Kay ini direka khas dengan kajian terperinci dalam mencipta efek wajah lebih terbentuk dan juga menyamarkan kedutan halus.


Rangkaian penjagaan wajah baharu ini juga turut menjadi kegemaran Sazzy Falak dan Wan Nur Sharmila, mereka telah mencuba set rangkaian ini selama dua minggu dan mendapati kulit mereka tampil lebih sihat, berseri dan semestinya anjal dari biasa. Mari kita saksikan video temubual istimewa bersama mereka.

Ketahui tip cantik dari mereka.

SAZZY FALAK


Bagaimana keadaan Kulit Sazzy Sekarang?
Sazzy memiliki kulit yang kering, lagi-lagi selepas membasuh muka, oleh kerana berhadapan dengan kesibukan hal bekerja dan keluarga di rumah krim pelembap adalah satu benda wajib yang harus diaplikasi setiap hari pagi dan malam.

Bagaimana Sazzy menjaga kulit setiap hari?
Rutin penjagaan Sazzy mudah sahaja, tidaklah terlalu teliti dengan pelbagai jenis produk yang digunakan, selain menggunakan krim pelembap, Sazzy juga turut mendisiplinkan diri untuk minum banyak air mineral supaya kulit dan diri saya sendiri lebih terhidrat.

Apakah keistimewaan yang boleh dikongsikan selepas mencuba TimeWise Repair dari Mary Kay?
Jadual harian sebagai seorang ibu, selebriti dan menguruskan Street Fashion by Sazzy Falak menjadikan saya sentiasa sibuk dan kesuntukan masa, namun setelah selesai dengan hal kerja, rangkaian TimeWise Repair dari Mary Kay ini menjadi penyelamat buat kulit wajah saya. Dengan usia dan kerjaya sebegini saya percaya produk ini dapat mengekalkan keremajaan kulit saya.

Dalam rangkaian TimWise Repair, apakah produk yang menjadi kegemaran anda dan mengapa?
Saya seringkali terdedah dengan kawasan luar juga bersolek setiap hari, pastinya saya perlukan satu produk yang dapat membersihkan wajah dengan baik juga menjaga kulit saya. TimeWise Repair Revealing Radiance Facial Peel cukup saya gemari. Kulit tampak lebih cerah malah tekstur kulit menjadi lebih lembut!

WAN NUR SHARMILA


Bagaimana keadaan kulit anda sekarang?
Kulit wajah saya tiada banyak masalah, boleh dikatakan jatuh dalam katagori kulit yang mudah dijaga, namun berhadapan dengan sesi penggambaran drama yang panjang kulit saya mudak kelihatan lesu dan tidak bermaya.

Bagaimana pula dengan rutin penjagaan kulit setiap hari?
Selain mencuci wajah pagi dan malam, saya juga turut mengaplikasikan penyegar wajah supaya kulit tampil lebih bermaya dan segar sepanjang hari. Disebabkan selalu disolek setiap hari untuk penggambaran, saya juga kerap mencuci wajah.

Apakah keistimewaan yang boleh dikongsikan selepas mengunakan produk TimeWise Repair dari Mary Kay?
Antara yang menjadi keutamaan dalam produk penjagaan adalah pencuci wajah, dan saya gemarkan pencuci wajah dari rangkaian ini. Kulit saya pun tidaklah susah dijaga, hanya perlu ikut panduan pengunaan produk dari Mary Kay.

Dalam rangkaian TimWise Repair, apakah produk yang menjadi kegemaran anda dan kenapa?
Antara yang menjadi kebimbangan pada kulit wajah bagi saya adalah garis halus, di mata dan pipi (laugh lines) selepas menggunakan TimeWise Repair Volu-Firm Lifting Serum, ia dapat mengaburkan kesan garisan halus juga memberi kulit saya nampak lembap dan sihat.

Selepas penggunaan yang berterusan wajah akan lebih anjal dan kedutan dalam akan tampak lebih samar, ini adalah kerana teknologi Facial Analyzer di dalamnya yang mampu mengembalikan keremajaan kulit. Mary Kay TimeWise juga diperkaya dengan bahan-bahan aktif yang dikaji  secara terperinci, kuncinya datang dari tiga bahan berkuasa Tripeptide, Hyaluronic Acid dan Plant Stem Cells.

TRIPEPTIDE
Intipati ini adalah bahan aktif yang baik dalam mengembalikan keremajaan kulit. Ia memperbaharui sel kulit dan memberi tekstur kulit tampak lebih lembut. Dalam masa yang sama ia juga membekalkan dua protein yang menguat dan mengimbangi kulit,  iaitu fibronectin dan laminin.

HYALURONIC ACID
Kandungan ini bertindak baik dalam memberi dan mengekalkan kelembapan pada wajah dari dalam. ia meresap masuk kedalam kulit dan mengimbangi kadar kelembapan kulit supaya tidak kering  langsung mengakibatkan kulit kendur, berkedut dan tidak elastik.

PLANT STEM CELLS
Datang darpadai gotu kola yang merupakan botanik yang dikenali dengan  sumber antioksidanya yang baik buat kulit wajah. Fungsinya adalah untuk mengawal hyaluronidase iaitu mengurangkan matriks pada sel kulit yang mengakibatkan hilangnya kelembutan pada kulit.

Untuk penerangan lebih lanjut mengenai Set Timewise Repair ni, anda boleh menghubungi perunding kecantikan peribadi anda. Kalau belum ada, boleh hubungi saya di 018-5754734 (Call) atau 014-5741434 (Whatsapp).

Credit to EH! Magazine

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN PERTAMA MENGGUNAKAN MARY KAY

REVIEW : MARYKAY FOUNDATION PRIMER

TIPS ELAKKAN FOUNDATION BERCAPUK