Posts

TIPS ELAKKAN FOUNDATION BERCAPUK

Image
Assalamualaikum and Hai semua... Hari ni Meknis tetiba teruja nak share tips untuk buat korang nampak flawless dengan mudah. Ecece macam hebat sangat pulak. Hehe jangan lah ingat Meknis publish entry ni sebab perasan diri dah cukup peloles sampai layak nak bagi tips. Hewheww tidak sama sekali!   Niat di hati ikhlas nak share tips pakai foundation dengan mudah. Maklumlah, bulan ni Mary Kay ada special promotion untuk foundation tau! HEHEHE ada udang di sebalik mee rupanya.  Mudah je cara saya pakai foundation, kacang sangat lah! Opppsss terover confident HAHAHA. Tak dinafikan sebelum mengenal foundation Mary Kay, saya  pun pernah rasa down gara-gara TERsilap beli foundation mahal-mahal tapi langsung tak sesuai dengan kulit. Deng!!! Bila pakai, kenapa muka nampak bercapuk. Macam panau pun adoooo. Tak rata langsung. Senang sangat cakey. Last sekali sampai takut nak tengok muka sendiri dalam cermin. Horror betul!  Tapi tu dulu lah. Sekarang dah jumpa FOUND-DIE-TION yang ses

RAHSIA KULIT CANTIK

Image
Benar kerosakan kulit pada masa silam adakalanya kekal sehingga bertahun lamanya, dan kesan dari kerosakan tersebut mengakibatkan punca penuaan kulit, kami mencungkil rahsia dua selebriti popular, Sazzy Falak & Wan Nur Sharmila tentang pengalaman mereka menggunakan Mary Kay! Fokus yang dibawa di dalam rangkaian baharu ini bukanlah hanya mahu melawan proses penuaan sahaja, tetapi dengan penggunaan yang konsisten ia dapat menghindar kulit anda dari dibelengu  masalah kekusaman, hilang keanjalan mahupun pudar serinya. TimeWise Repair Volu-Firm dari Mary Kay ini direka khas dengan kajian terperinci dalam mencipta efek wajah lebih terbentuk dan juga menyamarkan kedutan halus. Rangkaian penjagaan wajah baharu ini juga turut menjadi kegemaran Sazzy Falak dan Wan Nur Sharmila, mereka telah mencuba set rangkaian ini selama dua minggu dan mendapati kulit mereka tampil lebih sihat, berseri dan semestinya anjal dari biasa. Mari kita saksikan video temubual istimewa bersama me

PELUANG KERJAYA DENGAN MARY KAY

Image
Assalamualaikum dan Hai semua. Dah lama dah tak update belog Meknis ni. Nasib baik tak berhabuk lagi. Hehehe. Selalunya Meknis menulis pasal REVIEW PRODUCT kan? Hari ni Meknis rasa nak share pasal KERJAYA DENGAN MARY KAY . Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ni, Meknis rasa semua orang semakin sedar bahawa pentingnya untuk kita semua mempunyai side income. Harga barang semakin naik dengan gaji tak naik naik, lagi lah PENTING untuk semua orang cari side income. Kalau nak harapkan gaji tahunan, bukanlah banyak mana pun. Kalau kerja kerajaan macam Meknis ni baru RM200 setahun. Jadi, daripada kita tunggu setahun utk dapat kenaikan gaji RM200, baiklah kita cari pendapatan tambahan untuk dapatkan kenaikan gaji RM200 dengan segera. Setuju tak? Kalau setuju, jom teruskan baca post ini hehehe. APA YANG MARY KAY MAMPU TAWARKAN BAGI YANG SEDANG MENCARI SIDE INCOME? 1. K erjaya yang flexible.  Kerjaya sebagai Mary Kay Beauty Consultant membolehkan kita bekerja

REVIEW : MARYKAY FOUNDATION PRIMER

Image
Assalamualaikum dan Selamat Petang semua. Minggu ni Meknis tak sempat lagi nak update blog. Busy sikit sebab minggu ni students tengah study week.  Students yang study week, lecturer yang busy? Haaa memang lah sebab minggu ni lah baru mereka ni serius nak belajar and masa ni lah baru nak jumpa lecturer kalau ada soalan nak tanya tanya. Haihhh suka sangat study last minute. (padahal Miss Meknis dulu pun macam tu jugak) Dah lah tu cerita pasal students. Hahaha. Hari Meknis nak share tentang kebaikan MARYKAY FOUNDATION PRIMER Perlu ke pakai PRIMER sebelum pakai FOUNDATION? Hmmmm. Meknis nak bagi situasi dekat korang eh. Awak awak tahu tak sebab apa jalan yang berlubang perlu diturap?  Awak awak tahu tak kenapa kalau kita cat dinding, kena coat warna putih dulu baru cat colour lain? Korang dah fikirkan jawapannya? Jalan raya kenalah diturap, barulah smooth je kenderaan nak lalu kan! Dinding kenalah coated dengan white colour dulu supaya bila kita cat ber

PENGALAMAN PERTAMA MENGGUNAKAN MARY KAY

Image
Assalamualaikum & Hai semua. Hari ni Meknis nak share pengalaman Meknis sendiri ketika mengambil keputusan untuk bertukar kepada skincare Mary Kay. Sebelum ini, Meknis akui yang Meknis merupakan salah seorang pengguna tegar skincare tempatan. Antara yang Meknis pernah guna dalam jangka masa yang agak panjang ialah N***a** dan T*** Skincare. Mula mula memang best sebab even baru beberapa kali guna, Meknis memang rasa kulit semakin cerah. Seperti yang dijanjikan lah, cerah dalam masa 3 hari! Tetapiiiiii lama kelamaan kulit jadi kemerah-merahan dan nampak semakin menipis. Hmmm mungkin disebabkan kandungan bahan kimia yang tinggi. Ye lah, kita pun student sains, kimia lagiii, bila dah fikir rasional, memang Meknis sedarlah yang produk produk yang mengandungi bahan kimia ni memang sangat tak elok untuk kulit kita. Then, Meknis decide to stop using the skincare. Masa tu dah tak fikir nak putih dah. Nak kulit selamat je uolssss. Huhu. Ingatkan bila dah stop, takde side effect apa apa.

REVIEW: MARYKAY TIMEWISE LIQUID FOUNDATION

Image
Pada pagi yang tenang aman damai ni, Meknis rasa Meknis nak bercerita pasal produk Marykay pertama yang buat Meknis jatuh hati dengan Marykay! Tak lain tak bukan Timewise Liquid Matte Foundation lah. Hehe 👍🏻  👍🏻 Tekstur foundation ni sangat ringan. Meknis sukaaaa hehe Ingat lagi masa zaman sebelum kenal Mary Kay, Meknis memang suka pakai foundation tapi mostly yang Meknis pakai end up akan jadi bercapuk, berminyak, nampak kelabu bila pakai.  Bila 1st time try foundation ni memang rasa berbeza sangat sangat. Mula mula rasa macam tak pakai apa apa sebab tekstur  dia ringan sangat.  Bila tengok cermin, apa yang Meknis nampak adalah kulit yang sekata, pori pori memang tak nampak dah, licin je kulit Meknis dan warna kulit tak kelabu macam selalu. Nampak tak? NON COMEDOGENIC okayyy! Tanpa foundation ni, tak mampulah Meknis tampil flawless setiap hari. Eh! Terpuji diri sendiri pulak.  Sorry!  Jadi, Meknis suka sangatlah foundation niJadi Jadi, Meknis suka sangatlah foun

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Image
Assalamualaikum dan Hai kepada semua... Pertama sekali, izinkan Meknis memperkenalkan diri. Meknis merupakan seorang Senior Beauty Consultant untuk Mary Kay. Blog ini dibuat khas untuk Meknis berkongsi kebaikan kebaikan Marykay dengan anda semua supaya kita semua mempunyai kesedaran untuk menjaga kulit dengan cara yang betul. Macam semua orang tahu, Marykay merupakan salah satu company yang memang sangat menjaga "exclusivity". Jadi, produk produk kami tidak akan diiklankan di mana mana stesen televisyen, radio ataupun majalah. Jdi, Meknis akan menggunakan blog ini untuk berkongsi info tentang Marykay dengan anda semua yang berminat dengan Marykay. kat sini jugak, saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri menggunakan Marykay, skincare class, event event yang saya hadiri atau bakal saya hadiri nanti. Sooooo silakan terus membaca blog ini dan tunggu untuk updates terbaru!